UBAT NOOR SURIATI

 

PENYEDIAAN UBAT UNTUK NOOR SURIATI

PENYAKIT : PITUATARY MAKROADONEMA

Penyakit ini bukanlah barah, ianya adalah pembesaran kelenjar yang bersifat tidak menjangkiti ke bahagian lain badan. Ianya menjadi merbahaya apabila pembesarannya (kalenjar pituatari) boleh menekan organ lain disekeliling. Saiz biasa kelenjar tersebut adalah 10mm. Bagi saiz melebihi 10mm dipanggil mikroadonema, sebaliknya bagi yang kurang dari 10mm dipanggil microadonema. Bagi kes ini (makroadonema), kelenjar tersebut telah membesar dan menekan saraf sekelilingnya termasuk saraf mata. Ini menyebabkan pesakit kehilangan deria penglihatan. Saraf mata adalah terlalu lembut, dikatakan seperti agar-agar. 

Disebabkan saiznya makin membesar, pembuangan sebahagian dari kelenjar tersebut adalah cara yang boleh dan biasa diambil. Oleh kerana kebanyakkan hormon badan dihasilkan oleh kelenjar ini, gangguan hormon boleh berlaku apabila berlaku pengurangan, pembesaran atau pembuangan kelenjar. Pengambillan ubatan diperlukan untuk mengimbangi kekurangan hormon ini didalam badan apabila kelenjar ini telah diusik atau tidak berfungai dengan baik. .

DUA PENYEDIAAN UBAT YANG DISEDIAKAN IAITU :- 

Bagi kes Noor Suriati, penyediaan ubat dibahagikan kepada dua iaitu ubat yang wajib sentiasa diambil dan ubat yang merupakan pilihannya sendiri. Ubat yang wajib diambil diletakkan didalam kotak, sementara ubat yang be;liau sendiri pilih sama hendak diambil atau tidak diletakkan berasingan.

A - Ubat yang diletakkan didalam kotak ubat untuk pengambilan harian

B - Ubat yang disediakan berasingan dan diberikan atas keperluan/ permintaan. Pengambilan ubat ini sebenarnya tidak mengikuti nasihat dokror, tetapi disebabkan kesan yang tidak selesa, maka ubat ini hanya diambil bila dirasakan pperlu.

A - UBAT YANG PERLU DI LETAKKAN DALAM KOTAK UNTUK MEMUDAHKAN PENGAMBILAN HARIAN

A.1 - Ubat hormon (L Thyroxin) - 1 biji

A.2 - Ubat Hormon (Hydrocortisone 10mg) - 1 biji. Pengambilan dinaikkan dos ketika ada kesakitan

A.3 - Vitamin tambahan (ASCORBIC ACID 100mg)- 1 biji

A.4 - Vitamin B complex - 1 biji

A.5 - Ubat gastric/ulcer pantoprazole 40mg (VENCID) - 1 biji

(Gambar ubat adalah seperti dibawah, keterangan ringkas ubatan boleh diklik pada nama ubat)





B - UBAT YANG DISEDIAKAN SEKIRANYA DIPERLUKAN

B.1 - Ubat cair darah (ASPIRIN - acetylsalicylic/glycine)  - 1 biji

B.2 - Kolesterol (ATORVASTATIN 40mg tab)

B.3 - Ubat stress/penenang (psycho) sertralin HCl 50mg tab - 1 biji

(Gambar ubat adalah seperti dibawah, keterangan ringkas ubatan boleh diklik pada nama ubat)

 

    






Popular posts from this blog

KENALI UBAT ANDA - acetylsalicylic/glycine 45/100MG

Senarai ubat NOOR SURIATI