KENALI UBAT ANDA - acetylsalicylic/glycine 45/100MG
ASPIRIN KEMBALI KE UBAT NOOR SURIATI Jenama: Glyprin® Kegunaan: Ubat cair darah untuk mengurangkan risiko serangan jantung dan angin ahmar (strok) Cara pengambilan: 1 biji 1 kali sehari selepas makan Boleh ditelan atau dilarutkan dalam segelas air sebelum diambil Kesan sampingan: Kesan sampingan yang biasa: Rasa loya dan muntah Sakit perut Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk. Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku: Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas) Pendarahan Ulser perut Deringan dalam telinga Reye's syndrome Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius. Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut....
Comments
Post a Comment